Thursday 6 October 2011

Petemuan yang menyakitkan hati!


“Andai pertemuan punca perpisahan biarlah kematian menemukan semula".



Apa Itu Petemuan? :


Setiap petemuan pasti ada perpishan. itu adalah adat di dunia sama ada kita suka atau tidak. tapi adanya perpisahan itu menyakitkan hati dan mengembirakan hati.kadang2 kita terfikir dan memikirkan mengenai mengapa aku ditemukan dengan sia dia, dengan dorang, kwan2 kelas n tempat belajar? kenapa aku boleh bertemu ngn orang seperti si dia?Bertemu dengan kekasih hati? adakah si dia cantik, baik dan mempersona?


Ada yang tension jumpa orang yang camni la, camtulah.. "Camnelah aku leh suka kat minah ni ha? buat sakit hati je kenal ngn dia ni, sumpah aku xnak jumpa orang cam dia!!" itulah kita rasakan apabila kita ditinggalkan.

Dan ada dikalangan kita yang tersalah jumpa rakan2 n kawan, kawan2 yang menyakitkan hati dan yang tidak sekepala ngn kita dan ada kawan yang makan kawan..tapi kita rasa itu tidak sehebat apa yang telah si dia lakukan.Hakikatnya selama kita hidup dimuka bumi ini, kita kan bertemu dengan  pelbagai jenis manusia dan pelbagai ragam.... 


Mengapa Allah menemukan kita dengan mereka?:  

a)Untuk lita'arafu..
b)Untuk berkenalan. Untuk mengetahui, memaknai manusia lain.
c)Untuk menyedari betapa beruntungnya kita, mahupun rendahnya kita berbanding manusia lain.
d)Untuk kita sering berlumba-lumba menggapai taqwa tanpa membeza-bezakan manusia lain.


sebab kwan kita boleh memilih dan menilai. tapi kita haruslah berhati-hati dalam memilih kawan. sebabnya munkin suatu hari dia akan pergi meninggalkan kita untuk selamanya.

Namun, tentu kita akan bertemu dengan manusia yang tidak serasi dengan kita serta berlainan segalanya.Sehingga sekecil-kecil perbezaan kita menjadi besar dan dijadikan hujah untuk menjauhkan diri, apatah lagi terkadang sehingga memutuskan silaturrahim.Walaupun diri kita dengan si dia, satu aqidah, satu kefahaman dan satu cinta pada Allah..Dan kita bertanya, mengapa diri kita dan si dia, begitu jauh sekali? Di situlah, kita kena sentiasa berusaha untuk mencari titik persamaan...



Adakah kita bertemu dengan orang yang salah?


Sebenarnya tidak sama sekali..
Sebenarnya setiap pertemuan dengan sesorang itu telah pun dirancang oleh Allah.. Allah itu Maha Adil dan Maha Mengetahui.. Allah telah mengaturkan setiap apa yang berlaku dalam hidup kita ini, dan setiap pertemuan sesama manusia itu mesti ada hikmah dan ada benda yang tersirat utk kita mengetahuinya..

Dan pertemuan kita dengan mereka yang salah itu sebenarnya banyak mengajar kita.. Allah memberi kita peluang untuk belajar sesuatu darinya..Kita tidak boleh menyalahkan sape2 dan diri kita atas pertemuan itu, kerana semuanya telah dirancang olehNYA.. Dan sebenarnya pertemuan kita dengan seseorang itu merupakan satu bahagian2 yang mempunyai pelbagai hikmah dan kebaikan, bergantung pada diri kita untuk memperoleh manfaat dari setiap pertemuan itu.. Walaupun pertemuan itu mempunyai banyak kekurangan, kesakitan dan menyeksaan, tapi diri kita perlu teguh kuat menghadapinya kerana pada suatu hari nanti pasti Allah memberi ganjaran kepada diri kita dengan apa yg kita hadapi dengan pertemuan itu....Allah mesti menetapkan sesuatu kepada kita sekiranya kita yakin denganNYA.. yang berlalu biarkan saja berlalu. .

Yang penting kita perlu banyakkan bersabar n berdoa kepada Allah.. Kuatkan hati, dan tabahkan hati kita.. yang penting kita mesti kembali kepada nYA, kerana DIA yang menentukkan segalanya..






No comments:

Followers