Sunday 29 July 2012

kawan kadang-kadang


Hidup ini sukar untuk diduga..
kadang-kadang
kita rasa kita nie ramai kawan yang dekat dengan kita..
namun sebenarnya kita jauh daripada mereka..
walaupun kita dapat capai dan genggam tangan mereka semua,
belum tentu kita dapat hidup dalam kegembiraan bersama mereka..

mungkin
kadang-kadang kita seronok bersama mereka..
tapi kita tidak pernah tahu apa makna sebalik keseronokan itu..
bila kita ketawa, gembira dan seronok ,kita ingat kehadiran kita dapat menenangkannya..
walhal kehadiran kita hanya menambah hiba dan kesengketaan..
rencah dunia..

kadang-kadang kita takkan tahu siapa kawan dan siapa lawan..
sampailah suatu ketika bila kita seorang sahaja tersungkur..
adakah tangan itu menghulurkan bantuan atau menambahkan bebanan 
kadang-kadang kita merasakan sesuatu yang menyentuh hati..
mungkin ia kerana kawan kita,,
tidak pernah kita rasa bila kita susah, mereka lah yang akan bersama kita,,

kadang-kadang tu kita kecil hati dengan perlakuan kawan kita tu..
Selalunya tak ada pun nak cepat sangat terasa hati. 
Tapi bila terasa hati tu… 
Kita rasa nak menjauhkan diri sekejap dari kawan kita tadi tu. 
Cumanya sampai bila perlu berjauhan dan bertegur?

Kadang-kadang ada kawan yang pandai dalam pelajaran tapi dalam bab komunikasi kurang. 
Ada pula yang kurang dalam bab belajaran tapi hebat dari bab komunikasi. 
Ada pula yang semangat setia kawan mereka sangat kuat...
Dalam apa jua keadaan mereka tak kan belot dengan kawan mereka.


memang kawan tu penting kan :)
kawan-kawan boleh buat kita happy
kawan-kawan boleh buat kita senyum lepas sedih
kawan-kawan jugak selalu tolong kita
kawan-kawan la yang kita harapkan untuk bersama kita masa jauh dengan keluarga
dan kawan-kawan lah yang selalu sokong apa yang kita buat selepas keluarga
apa-apa pun keluarga adalah yang utama ok kawan-kawan 






No comments:

Followers