Monday 17 October 2011

Mengapa kita harus berkawan???




Biasalah adat berkawan kan? kadang-kadang tu aku macam kecil hati jee dengan perlakuan korang tu. Walaupun hanya sekadar bergurau, tapi kadang2 aku  terasa juga.  Selalunya tak ada pun nak cepat sangat terasa hati. Tapi bila terasa hati tu… aku lebih suka  menjauhkan diri sekejap dari korang sekejap. Cumanya sampai bila aku perlu berjauhan dan tidak perlu bertegur?

Aku bukan tak nak kawan dengan korang. Cuma aku kadang-kadang  suka berseorangan. Kadang-kadang ada yang Tanya “ kau sorang jee Dafi”  “mana botak”,tolong lah sikit. . tak kan setiap masa aku kena bersama dia.  Aku juga bukanya suka sangat berkawan. Kadang-kadang aku OK. Kadang-kadang KO. Selalunya bila aku terasa hati dengan korang, aku juga akan menjauhkan diri dari korang semua untuk seketika. Tapi kebiasaannya tak lama. Bila hati dah sejuk, jumpa dengan korang  tu tegur la macam biasa.  


Tapi adalah satu kisah aku sampai ambil hati dengan korang. Memanglah benda nie nampak tak serius, tapi time buat asingment secara berkumpulan, buatlah betul2. Tak payah lah nak bagi alasan. ada yang sempat lagi main bola. ''kau taip dulu soalan, nanti aku tulis jawapan dia''. Jawapan pun tak dapat lagi korang dah nak tulis. bukan nak cerita keburukan korang, tapi fikirlah perasaan orang lain juga. Takkan semua aku nak buat. 


Tapi dalam hidup aku ni, ada orang tertentu yang mana aku suka berkawan dengan mereka. Tapi tak boleh duduk lama-lama (berdekatan) dengan mereka tu. Kadang-kadang perlakuan korang membuatkan hati aku jadi sakit.
Aku boleh berkawan dengan sesiapa sahaja sebab aku percaya setiap orang mempunyai kebolehan dalam diri mereka sendiri. Sentiasa ada sesuatu yang baik boleh aku pelajari dari korang. Walaupun korang anggap aku ni macam biasa ja orangnya, tapi korang akan cari aku juga kalau ada masalah.

Kadang-kadang ada orang yang pandai dalam pelajaran tapi dalam bab komunikasi kurang. Ada pula yang kurang dalam bab belajaran tapi hebat dari bab komunikasi. Ada pula yang semangat setia kawan mereka sangat kuat. Dalam apa jua keadaan mereka tak kan belot dengan kawan mereka. Tapi kita adakah macam tu? kalau kita tak tahu mesti kita buat tak reti. ''lantaklah kat kau'' cubalah buat sendiri. amboi ayat, macam tak nak bagi ja!!

Kalau nak diikutkan ada saja perkara yang tak tenang dalam hati aku ni. Aku selalu terfikir adakah korang suka kawan dengan aku atau tak? Walau apa pun yang aku fikirkan, aku berkawan juga dengan korang, aku tak kan berkawan dengan korang  semata-mata untuk mengambil kesempatan di atas kelebihan korang tu. ada kalanya aku berkawan dengan korang secara terpaksa. Aku tak kisah korang nak kawan dengan aku ke tak.


Persoalanya, mahu ke korang berkawan dengan aku?


No comments:

Followers