PERSAHABATAN sejati memang sukar dicari. Hanya mereka yang benar-benar bersahabat dengan hati tulus dan ikhlas dapat mencari erti persahabatan sejati.Dalam hal ini, Iman Syafie ada memberikan nasihat dalam soal persahabatan.Aku mencintai sahabatku dengan segenap jiwa ragaku, seakan-akan aku mencintai sanak saudaraku.Sahabat yang baik adalah yang sering sejalan denganku dan yang menjaga nama baikku ketika aku hidup atau selepas aku mati.Aku selalu berharap mendapatkan sahabat sejati yang tidak luntur baik dalam keadaan suka atau duka. Jika itu aku dapatkan, aku berjanji akan selalu setia padanya.Kuhulurkan tangan kepada sahabatku untuk berkenalan kerana aku akan berasa senang. Semakin ramai aku peroleh sahabat, aku semakin percaya diri.
Mencari sahabat pada waktu susah memang sukar.sahabat yang menagis kerana kita memang sukar dicari, tetapi sahabat yang selalu ketawakan kita bersepah dijalan.Dan aku belum pernah kutemukan di dunia ini seorang sahabat yang setia dalam duka. Pada hal hidupku sentiasa berputar-putar antara suka dan duka.Walaupun umurku telah mencecah 18 tahun , tapi aku tidak pasti siapakah yang sebenarnya sahabatku yang paling sejati.
Jika suka melanda, aku sering bertanya: “Siapakah yang sudi menjadi sahabatku?” Pada waktu aku senang, sudah ramai yang akan iri hati, namun bila giliran aku susah mereka pun bertepuk tangan. menandakan mereka seperti gunting di dalam liipatan.
Kadang-kadang persahabtan ini seperti pasang surut air laut.Aku dapat bergaul secara bebas dengan orang lain ketika nasibku sedang baik.Namun, ketika musibah menimpaku, kudapatkan mereka tidak ubahnya roda zaman yang tidak mahu bersahabat dengan keadaan.Jika aku menjauhkan diri daripada mereka, mereka mencemuh dan jika aku sakit, tidak seorang pun yang menjengukku. Jika hidupku berlumur kebahagiaan, banyak orang iri hati, jika hidupku berselimut derita mereka bersorak sorai.
Mengasingkan diri lebih baik daripada bergaul dengan orang dengan mereka.Apabila tidak ke temu sahabat yang takwa, lebih baik aku hidup menyendiri daripada aku harus bergaul dengan orang tidak pernah setia dalam persahabatan. berapa sangat orang yang pernah setia dengan kita?
Memang benar kata orang, sukarnya mencari sahabat sejati.Tenanglah mereka dalam menghadapi perjalanan zaman ini. Bersikap seperti seorang paderi dalam menghadapi manusia.Cucilah kedua-dua tanganmu dari zaman itu dan daripada manusianya. Peliharalah sahabat terhadap mereka. Maka, kelak mereka akan memperoleh kebaikannya.Sepanjang usiaku yang semakin matang, belum pernah aku temukan di dunia ini sahabat yang sejati. aku banyak dipertemukan sahabat seperti  orang bodoh kerana banyak kejelekannya dan kujanji orang  itu mulia kerana kebaikannya sedikit.
Sahabat sejati pada waktu susah memang tak pernah wujud.Kawan yang tidak dapat dimanfaatkan ketika susah lebih mendekati musuh daripada sebagai kawan.Tidak ada yang abadi dan tidak ada kawan yang sejati kecuali yang menolong ketika susah.Sepanjang hidup aku berjuang bersungguh-sungguh mencari sahabat sejati hingga pencarianku melenakanku. Kukunjungi seribu tempat, namun tidak satu tempat pun yang penduduknya berhati manusia. hidup erda tak erda seperti tiada sesiapa pon yang hidup.
Rosaknya diriku ketika berada dengan mereka yang bersikap seperti ini.Dalam diri manusia itu ada dua macam potensi penipuan dan rayuan. hal itu seperti duri jika dipegang dan ibarat bunga jika dipandang. Apabila kita memerlukan pertolongan mereka, bersikaplah bagai api yang dapat membakar duri itu. bahkan ada yang sanggup melihat kita seperti anak patung yang senang diperbuat mainkan. dimanakah letaknya erti persahabatan yang sebenarnya.


Di manakah harus aku mencari sahabat yang sejati?