Tapi zaman poli ni still tak boleh challenge zaman sekolah fahmie .
Memang banyak benda yang kita pernah buat masa sekolah teknik dan masa sekolah biasa. Jangan tipu lah cakap tidak pernah. Mustahil cinta beruk, gaduh-gaduh merajuk, pinjam-tiru nota, escape kelas tiada langsung dalam kehidupan remaja korang. At least mesti ada jugak sedikit kenangan yang tertinggal. Bak kata pepatah, itu semua asam garam kehidupan. Tidak melaluinya dalam kehidupan ibarat lauk tidak bergaram saja lagaknya.

ada satu kisah lagi fahmie tak boleh lupa, benda yang fahmie selalu buat masa sekolah dulu adalah buat kerja sekolah last minit. Kalau sudah namanya last minit, konfem la tidak siap. Bila kerja tidak siap, cikgu-cikgu jadi murka. Bila cikgu murka, jangan buat main-main, naya jadinya.hahaha. .
Ala, sedas dua das kira okey la kan? Bukannya sakit pun. Setakat tangan jadi merah satu hari tu biasa saja. Tidak lelaki kalau menangis sebab kena rotan, okey. Tapi zaman sekarang ni, rotan-rotan tidak main lagi. Kalau ada kesan yang tertinggal, parent boleh saman guru tersebut atau pun pihak sekolah. Jadi, alternatif yang cikgu fahmie buat adalah dengan memberi denda jalan sebat kat punggung. aduh sakit tau. .fahmie masih ingat, cikgu PJ sebat kat punggung fahmie. time tu fahmie tak bawa baju PJ, masa tu juga dia bawa rotan, memang sakit lah kena. . hahhahaha
Ada banyak lagi kisah sebenarnya. Tapi fahmie mau simpan dulu yang lain. Takkan la semua mau cerita terus kan? Habis la point fahmie untuk berblogging nanti. Apa-apa pun, cerita zaman sekolah menengah memang tidak boleh dilupakan sampai bila-bila. Kalau sudah ada cucu nanti, boleh la ungkit balik kisah nostalgia.
Korang pulak, apa cerita best? cube cite cube cite. . .
No comments:
Post a Comment