Monday 5 September 2011

Permegian Sahabat Ku

Aku mencintai sahabatku dengan
 segenap jiwa ragaku,
seakan-akan aku mencintai
 sanak saudaraku.
                 
  Assalamualaikum sebagai pembuka bicara pada hari ini.walupun cerita ini agak menyedihkan bagi saya, tapi saya ingin berkongsi juga  tentang  permegian sahabat karib kita  yang telah diceritakan oleh Amirul Bin Sulong  iaitu SAHABAT rapat beliau kepada SAHABAT kita yang bernama Ezham Bin Nordin yang telah meninggalkan kita semua pada hari Sabtu tarikh 3.9.2011 bersamaan Bulan Syawal yang ke-6.Anda semua pun adalah SAHABAT baik beliau,bukan saya sahaja.SUBHANAALLAH.Saban hari kita mendengar pelbagai kes kamatian atas sebab kemalangan dijalan raya,dikaca TV,radio,akhbar dan pelbagai lagi yang boleh kita lihat pada hari ini,Malah menjadi buah mulut masyarakat pada masa kini.
                          Tibalah saat-saat gembira apabila semua SAHABAT yang bergembira menyambut Bulan Syawal selepas kemenangan orang islam iaitu pada Bulan Ramadhan yang penuh keberkatan.MASYAALLAH.Hari demi hari, kita dalam keadaan kemeriahan,keseronokan dan kegembiraan yang masih terpahat dihati kita dan tibalah pula saat kesedihan yang kita semua alami apabila mendengar satu berita yang tidak boleh kita terima pada masa itu.Kita mendengar kematian kemalangan jalan raya yang meragut nyawa orang lain yang kita tidak kenali,tetapi pada hari SABTU kita mendengar satu berita kemalangan yang meragut nyawa SAHABAT kita sendiri.SAHABAT itu lah yang kita bermesra,bergurau senda,bermain dan sebagainya selama kita kenali dan hampiri beliau tersebut.SUBHANAALLAH.
                          Pada hari yang kita tertunggu2 untuk memperoleh kejayaan iaitu Keputusan SPM.ARWAH bersedih kerana tidak memperolehi  A dalam keputusannya,seperti kawan-kawan yang lain yang memperolehi A walaupun 1 sahaja.Tetapi dengan hati yang kuat,tabah beliau menerima seadanya dengan atas semangat dan nasihat dari kawan-kawan semua.Beliau bercita-cita tinggi untuk melanjutkan pelajarannya ke Menara Gading,dengan usaha yang gigih,beliau membeli n0. Pin untuk mendaftar ke mana2 Institut Pelajaran.Beliau ingin menjadi seperti Abang Long nya(abang ipar) yang bekerja di RUSSIA,sebagai Engineer rasa nya,beliau ingin memakai baju kerja Abang Long tetapi baju tersebut tidak boleh sebarangan orang memakai nya.Hajat tersebut tidak kesampaian.Dengan doa yang dipohon oleh kedua ibubapa beliau,beliau telah ditawar untuk sambung belajar di POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MU'AZAM SHAH di KEDAH pada Bulan 11 ini.SUBHANAALLAH.Sedih sekali beliau tidak dapat mengejar cita-citanya untuk membanggakan kedua ibubapa beliau seperti kita semua.Tetapi itulah janji ALLAH SWT setiap makhluk yang hidup pasti akan mati juga.


TANDA-TANDA ARWAH.
                        Ketika Bulan Ramadhan keluarga beliau telah berangkat ke MAKKAH AR-MUKARRAMAH.Beliau telah berpesan kepada keluarganya untuk membelikan JUBAH untuknya yang berwarna putih,yang hendak dipakai dipagi Syawal.Keluarga nya terkejut kenapa mesti beliau memilih warna putih dan keluarganya berpakat untuk membeli warna Hitam.Akan tetapi beliau menelefon keluarga beliau dan manyatakan bahawa beliau ingin JUBAH BERWARNA PUTIH.Keluarganya terima dan membelikannya.Ketika dipagi Syawal yang hening,beliau bangun dengan awal sekali daripada keluarga beliau,beliau memakai JUBAH PUTIH dan KOPIAH PUTIH untuk Solat Raya Aidilfitri.SUBHANAALLAH.
                        Ketika hendak menyambut Hari Raya Aidilfitri 2011 tahun ini.Keluarga beliau ingin membelikan baju T-SHIRT atau KEMEJA.Amat pelik apabila beliau menyuarakan hasrat beliau yang ingin semua dibeli dengan warna MERAH termasuk JAM rasanya.MASYAALLAH.Beliau adalah seorang anak yang baik malah tidak melawan sebarang tindakan yang diperkatakan oleh kedua ibubapanya,beliau menurut sahaja.Sebagai contoh Ayah nya tidak mahu dia pergi kerja didepan rumah yang agak2 sejauh 600m dari rumah beliau dengan menaiki Motorsikal.Dia berjalan kaki sahaja.Itu lah digelar sebagai Anak Soleh.SUBHANAALLAH.Sebelum Ramadhan,keluarga beliau mendapati  sikap beliau berubah seperti pendiam dan sebagainya.Kakaknya berkata beliau suka mengusiknya ketika mengemas rumah atau memasak,akan tetapi sikap nya menjadi pendiam dan tidak seperti sebelum ini.Amat sedih apabila beliau tidak dapat melihat kakaknya yang no.2 melahirkan anaknya.INSYAALLAH dapat dilihat dari atas sana.Kakak nya yang n0.2 ada menceritakan bahawa kawan beliau yang datang dari jauh tertunggu-tunggu seakan-akan tidak sabar mahu berjumpa dengan beliau,kerana sudah bertahun-tahun rasanya tidak bertemu.Tetapi ketika kehadiran kawannya,beliau seperti biasa sahaja.MASYAALLAH.

KEJADIAN
                    Pada hari Sabtu keluarga beliau,kebetulan  mengadakan Majlis Rumah Terbuka.Suasana tersebut sangat meriah kerana dipenuhi dengan sanak saudara,jiran tetangga dan sahabat handalan keluarga beliau serta rakan-rakan beliau dikawasan perumahan nya.Beliau ketika itu melepak bersama sepupu serta kawan-kawannya,ditaman depan rumahnya.Kawan-kawan serta beliau bercadang ingin menonton wayang yang berjudul “HANTU BONCENG” di MALL IOI.1 jam beliau meninggal dunia,beliau telah meninggalkan pesanan kepada SAHABAT RAPAT beliau iaitu WANITA.Kata-kata beliau adalah “jaga diri baik2”,”tolong on9 kan fb dye ketika dye tk da”,”tolong padamkan gambar dye,jika tk tahu padam serahkan kepada orang yg dipercayai iaitu Mohd Amirul”,”bagi tahu kawan2 saya bahawa saya dah tk de”perkataan itulah yang diungkapkan buat kali terakhir dari mulut beliau.Lepas itu perjalanan ke MALL IOI  bergerak dengan sekilip mata sahaja.Beliau hanya membonceng sahaja,sepupunya yang bawa motor.Motor tersebut adalah EX5.Kejadian tersebut apabila selekoh tajam dan dihimpit oleh sebuah kereta,sepupunya tidak dapat mengawal motor dengan sempurna ,lalu terhempas  beliau diatas jalan raya tersebut.Cerita ini tidak dikenal pasti kerana hanya sepupu beliau yang tahu dan ALLAH SWT MAHA MENGETAHUI perkara tersebut.Dalam beberapa minit Ayah nya dapat panggilan bahawa anaknya dalam kemalangan.Tetapi ketika ayah beliau tiba ditempat kejadian,beliau masih boleh berdiri,masih boleh bercakap dan boleh menggerakkan pergelangan tangan nya.SUBHANAALLAH.Itlah kuasa ALLAH SWT.Apabila AMBULANS tiba,beliau dikejarkan ke Hospital berdekatan,sedih pilu  membuak hati seorang ayah,kerana dapati anaknya telah diambil nyawa oleh Malaikat Izrail.
                      Cerita ini saya  kumpulkan dari keluarga beliau yang menceritakan kepada saya.Saya hanya boleh menyentuh sedikit sahaja.Yang lebih saya simpan dihati.INSYAALLAH.Satu hari nanti kita bertemu juga Wahai Hamba ALLAH SWT.Saya yang bergelar insan menyeru bahawa jika sesiapa ada melakukan kesalahan padanya maaf laa dan jika ada beliau melakukan kesalahan dye maafkan lah.Beliau seorang yang suka tersenyum sahaja.Jangan kita bersedih atas kehilangan seorang MODAL INSAN,kerana dikuathiri menyeksa beliau,beliau melihat apa yang kita lakukan.INSYAALLAH.Dengan amal kebajikan yang beliau lakukan selama hidup dimuka bumi ini diterima serta merta oleh YANG MAHA KUASA.DAN DITEMPAT KAN BERSAMA ORANG YANG BERIMAN SERTA DIJAUHKAN DARI AZAB API NERAKA DAN AZAB KUBUR MALAH DILAPANGKAN KUBURNYA DAN SELURUH UMAT ISLAM. ….AMINN YA ALLAH AMIN YA FATTAH  AMIN HU YA ALIM..

Kenangan Bersama Arwah di Kem Jati Diri Jeniang Kedah







1 comment:

Aien Rush said...

takziah drpd Budak Harapan ye..:((

Followers