Friday 28 September 2012

Perubahan hak milik sendiri


Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana masih lagi diberi peluang untuk hidup dan diberi kekuatan untuk terus menaip bagi berkongsi pengalaman yang Fahmie dapat kepada korang semua.Hari ini terdetik pula hati nak tulis untuk memulakan tajuk baru dalam blog ni tentang isu semasa. Ni lantaran daripada kisah apa yang fahmie lalui dalam entry aku sebelum ni. Apa yang fahmie pasti, sedar tak sedar lagi 6 minggu saja fahmie akan hadapi final exam kali ke 3 untuk semester 3.Tapi apa yang fahmie risaukan sekarang nie adalah tentang permohonan Latihan Industri (LI), entah dah berapa kali dah kena reject. Dah tahu dah nak buat dekat mana lagi.ermm, tak apa la, abaikan jap la perkara tu.



Tapi apa yang Fahmie nak tulis hari nie tentang kehidupan kita. Ada yang kata hidup nie ibarat seorang pengembala kambing dan ada yang cakap hidup nie hanya la sementara. Tapi hidup nie kita memerlukan perubahan dari masa ke semasa.semakin kita dewasa kita akan lebih bersikap especilly dalam menbuat sesuatu keputusan dan tindakan.

Adakalanya juga semakin kita dewasa, semakin banyak pengalaman ditempuh dan bukan semuanya indah. Tetapi semakin dewasa kita semakin kurang kita menghargai kehidupan. Cuba kita tegok budak-budak kecil, mereka bersifat ingin tahu. Mereka ingin menjelajah segalanya. Tetapi kita yang dewasa ini, semakin terikat dengan satu tujuan matlamat sahaja iaitu meneruskan kelangsungan hidup. Benarlah budak-budak adalah anusia yang paling kreatif. Kerana mereka tidak menyekat pemikiran mereka. Mereka juga suci tiada dosa. Maka terpampang diwajah mereka keikhlasan.

Ada juga kadang-kadang Fahmie suka bermain dengan budak-budak kecil . Kita semua tahu cara kita yang sudah dewasa maka kita terarah untuk kekal di sudut selesa kita. Kerana itulah, manusia dewasa dirudum pelbagai permasalahan. Kita menjadi katak di bawah tempurung. Kehidupan ketika kita kecil lebih indah. Tidak kenal erti takut. Sanggup mencuba semua benda. Wajah kita yang senantiasa tersenyum dan kemudian semakin lebar tersenyum apabila mendapat jajan. Sungguh mudah kita  merasa bahagia. Mengapa yee? Semakin kita dewasa semakin susah kita hendak merasa gembira. Semasa kecil dengan gula-gula 5 sen pun kita mampu tersenyum lebar sepanjang hari. Tetapi kini, apa pun hasil kerja kita belum tentu kita gembira. Kita sentiasa merasa kekurangan apabila semakin meningkat dewasa. Kadang-kadang terasa alangkah indahnya jika dapat kembali ke masa lalu.


Zaman Fahmie masa sekarang masih lagi kepada arah budak-budak bersosial untuk menuju ke alam sekolah. Ia bukan kerana fahmie macam kanak-kanak yang tidak matang dan tidak tahu apa-apa. Hanya ini cara fahmie semakain meningkat dewasa dan fahmie selesa menyesuaikan diri dengan keadaan macam ni. Berjumpa teman baru, berkawan, bermain bersama. Indah bukan. Tetapi Fahmie mendapat tahu ada kanak-kanak  kini yang sudah tahu zaman orang dewasa. Tidaklah pula Fahmie tahu bagaimana merekan boleh tahu perkara apa yang kita tidak tahu . 

Apa yang Fahmie coretkan ini hanya untuk memberitahu semua; dunia ini luas. Mengapa kita menyempitkannya? budak-budak pon tahu macam mana menjadi seorang yang dewasa. mereka belajar sedikit demi sedikit.Perubahan tu penting bagi setiap manusia, tetapi biarlah dengan cara dia tersendiri.


No comments:

Followers