Wednesday 21 September 2011

PENCARIAN KAWAN BAIK



 Antara kawan, teman dan sahabat. Yang mana agaknya kekal bersama kita tak kira waktu... ketawa mahupun menangis???  Kalau susah mendapat kawan, kawan yang ada itu adalah kawan yang setia. Kalau senang mendapat kawan, kesemua mereka tidak tentu baik orangnya. Begitu juga dengan kita yang sudah begitu besar, maka ramailah kawan yang akan mendekati dan berurusan dengan kita. Lumrah kehidupan apabila beroleh kesenangan, dimana riak dan dimana takabur telah tidak diendahkan lagi oleh syarikat berkenaan. Tindak tanduk mereka selepas itu hanya menampakkan ketidakadilan dalam serba perkara termasuk perbelanjaan yang keterlampauan. Gaya hidup pun berubah rupa. Siang dan malam sudah hilang tanda sempadannya. Malah pencarian kepada kawan baru dan sangat  telah diabaikan dengan alasan remeh dan banyak kerenahnya. Bagi kawan yang didalam kesedihan pula, mereka juga pencetus kepada masalah dan dosa. Walaupun  telah berbaik tidak semestinya kesakitan telah terhilang. Oleh kerana terlalu sakit ya hati ini, silap kecil boleh menjadi musuh dalam selimut. Tapi kata orang sikit sikit lama lama jadi bukit dan bangkai gajah tidak dapat ditutup lagi. Maka tersentaklah mereka dari tidur yang bermimpi indah. Oleh kerana kawan yang setia tidak seberapa, bermulalah hidup baru bersujud kepada Yang Maha Berkuasa.




"Ya Allah,.kurniai aku dengan sahabat-sahabat 
yang soleh dan soleha''

No comments:

Followers