Thursday 13 October 2011

Liku-liku Persahabatan

Kau Tak Layak Baca!!

Mohd Rafik
Akan tiba masa aku akan pergi meninggalkan kamu semua,

Akan tiba masa aku akan melupakan kamu semua,

Akan tiba juga masa aku akan melupakan kenangan kita semua,

Dan akan tiba masa itu jua aku akan membenci kamu semua.

Assalamualaikum wa rahmatullahi wa barakatuh. .

Zack Fahmie IIHari demi hari, tangis dan senyum silih berganti. Walaupun dicelahi oleh kesibukan oleh program yang telah dianjurkan oleh pihak poli dan kamsis, namun alhamdulillah urusan persiapan menhadapi final exam yang pertama sudah pon berakhir dengan jayanya.Namun masih ada lagi exam yang perlu aku hadapi yang perlu aku ulang kaji  secara teratur. Lepas satu, satu. Insya-Allah, lepas semester satu ni aku akan pergi dari tempat ni. jitra aku tinggalkan, seberang perai menjadi taruhan kedua pula untuk aku menhadapi semester kedua di sana. 

Sahabat dan teman-temanku, apa khabar? Aku kira kamu semua akan simpati apa yang akan lalui disini, tapi sebaliknya? Inilah kehidupan, inilah ujian. Langit kehidupan ini akan sentiasa mendung dengan pelbagai episod dan peristiwa yang sedih dan menyakitkan. Hujan, kilat, petir dan guntur akan sentiasa melakarkan suka dan nestapa dalam nota  kehidupan kita. Ah, jalan ini, pangkalnya sudah jauh…hujungnya belum tiba. Bila lagi aku akan melihat Kamu semua lepas ni. tahun depan!! harap-harap ianya tidak akan berlaku. tidak sesekali. Aku rasa cukuplah sampai disini, aku ingat korang akan menjadi teman yang sempurna untuk ku, tapi aku telah silap, aku bodoh kerana menpercayai korang semua.

Diambang yang tidak tahu bilakah akan berakhir, di Polimas, enam bulan aku harus menjalani  kehidupan diteliti satu persatu – suka duka, riang ria, sakit benci, gelak tawa, tapi semua tu adalah mimpi bagi diriku. Ku teliti hati-hati dan ku disuluh sepenuh satu persatu. Kepincangan dan lompang kelihatan di mana-mana.  berapa kali lagi aku harus bersabar. Dan berapa lama lagi aku harus bertahan.  alhamdulillah, Syukur. tinggal beberapa hari sahaja lagi aku akan tinggalkan tempat ini yang tidak memberikan apa-apa makna dalam kehidupan. Aku akan cepat melupakan segala isi-isi kenangan manis aku disini.

Di langkah pertama memacu kaki disini aku telah merasakan semuanya, aku hanya ingin mengingatkan supaya berhati-hati di orang sekeliling. Munkinkah mereka akan menjadi madu persahabatan atau racun yang memusnahkan segala kegembiraan di hati.

Awas, racun yang seperti itu sentiasa ada. Kenali dia dan menghindarlah jauh-jauh tanpa was-was. Jangan buka ruang dan peluang untuk dia mencelarukan hidup. Jangan biar dia mengelirukan apa disebalik sesuatu kisah. kamu semua itu pandai berkata dan licik bercerita. Cerita yang memikat. Kata yang mengikat. Kamu semua seolah-olah sahabat terapat… tetapi rencananya busuk sekali. Dalam diam dia bijak melaksanakan dendam. Bagaikan api bila sudah dewasa!

Mungkin dulu aku  tidak pernah menjangka orang yang begini wujud. Jika di fikirkan balik, mengapa aku harus bersahabat dan memberikan segala  kepercayaan, kesetiaan dan harapan kepada orang yang belum aku benar-benar tahu tentang di sebalik niatnya . Kamu itu bijak menghulur, tetapi tiba-tiba dia akan menyentak dan aku akan rasa tersentak. mungkin kah itu?  Sudah nyata dan amat jelas tetapi seakan masih tidak aku percaya. kenapa dengan kamu semua disini?

Beringat-ingatlah  kepada kawan yang belum memasuki jerat , ketika kamu semua bercerita tentang keburukan diriku kepada orang lain, satu ketika orang lain pula akan mendengar cerita itu. Di saat itulah aku akan tidak menpercayai semua kebaikan yang dilakukan oleh semua orang disini. setiap gerak geri kamu semua akan menjadi peluru yang menunggu masa untuk dilepaskan.  kamu semua bijak mengatur bidak, menjolok yang sana untuk menjatuhkan yang sini. Atau menyanjung yang sini untuk memancung yang sana. Di mana pun kamu semua mudah mendapat kawan, kerana simpati, empati dan kata-katanya sangat menawan. Terlalu lama masa untuk mengenal warna kehidupan kamu yang sebenar. Hanya bila aku mula menjarak, barulah rupanya yang sebenar terserlah.

Aku tidak pernah takut dan rugi untuk menjauhinya dari kamu semua.  Jika kamu menganggap aku musuh disebalik strategi  menguntungkan kamu semua, aku akan rela menjadi batu api. Jika perdamaian  memberi manfaat, aku akan kelihatan sebagai juru damai yang begitu tidak sama sekali. Tetapi hakikatnya bukan adanya faedah  yang menjadi sasaran kebaikan apabila kita mendamai, tetapi diri kamu jua yang meraih keuntungan, tetapi aku tidak apa yang telah kamu lakukan selama ini.

Aku menulis di ini sebagai satu pertanyaan. Adakah kamu ingin bersahabat dengan diriku sebenar-benarnya atau kamu lebih suka melihat aku keseorangan menhadapi hari-hari kesedihan? asalnya luaranya aku seperti gembira tapi dalamanya seperti kawah yang sedang mendidih. Aku enggan menulis tentang watak “hitam” dalam kalangan kamu semua yang terlibat. Aku pun bukan “malaikat” yang serba suci dan tidak punya kesalahan. Tetapi berdasarkan perhatian dan pengalaman yang secebis, kamu semua, aku dan kita pasti menemui orang-orang seperti ini dalam pergaulan yang pahit. Jika tidak setuju, tapi mengapa kamu semua perlu senyum, manis seolah-olah setuju. Tetapi belakang kamu lain bicaranya. Jadi, jangan sampai aku mengatakan siapa disebalik cerita ini… biarkan aku berlalu sebagai “musafir” dalam  hidup kamu yang singgah sebentar di sini untuk menunaikan solat!

Berkawan jangan keterlaluan, benci jangan sekali. Namun berhati-hati itu sangat perlu… pembeza antara sangka baik dan waspada. Sangka baik itu dituntut, waspada itu perlu. Jangan tertipu dengan senyuman. Jangan melulu oleh kemarahan. Sebaik-baiknya aturlah perasaan agar sentiasa di pertengahan. Agar diri sentiasa dalam kawalan. Pintalah hidayah, pohonlah taufik, untuk mencari kesetiaan dalam amukkan badai kemunafikan.

Maaf kiranya bicara aku ini dibauri bunga-bunga bahasa yang berduri. Sengaja aku kelamkan makna di sebalik  kata-kata. Bukan tidak mahu berterus terang… tetapi sekadar “melembutkan” pendekatan. Ya, mana mungkin air mata akan membersihkan kemenangan kamu semua? Mana mungkin satu keburukan dihapuskan oleh satu keburukan yang lain? Cuma aku ingin menyampaikan dan tidak mampu berdiam.Aku  sebagai manusia biasa, hati kita bukankah umpama kuah yang sedang menggelegak? Ada kala dingin seperti salji, tetapi ada masanya bagaikan lahar berapi yang sedia meledak!

Jika apa yang aku tulis ini kejahatan bagi diri kamu ,kamu tegurlah aku dan kamu ingatkan diri ku bahawa semuanya itu adalah "maaf"mengarut. tetapi jika kamu semua mengetahui segalanya tetapi tidak, bahkan peperangan gelombang hati lah akan berlaku untuk selamanya. SENYUMAN ITU TIDAK MEMBERIKAN KEMAAFAN KEPADA DIRIKU

No comments:

Followers