Friday 11 November 2011

TIPS MEMILIH KAWAN



 "Pilihlah kawan atau teman ataupun sahabat yang benar-benar boleh meminpin kita kejalan yang benar dan lurus"

Bismillahirahmanirahim, assalamualaikum waramatullah hiwabarakatu, hai kamu semua? Sihat? Apa khabar? Alhamdulilah semua sehat yee!! Hehe.. baeklah,  fahmie selalu doa kan kamu semua berada dalam keadaan yang sehat dan dirahmati oleh Allah S.W.T. hari ini fahmie nak tulis dan kongsikan dengan kamu semua tentang satu tajuk yang sngat simple and very good.. cerita yang ingin fahmie tulis ini bukanlah cerita lah, tapi dia lebih kepada tips2 tntang cara untuk kita memilih kawan atau teman..


YA!! Memang betul kata ibu dan ayah, kalau kita nak jadi anak yang soleh dan baik, kita juga mesti pandai memilih kawan. And then ada yang kata, kalau kita nak tahu sikap seseorang, kita perlu tengok orang yang berada di sekelilingnya...dengan siapa dia berkawan..elok ke tidak perangai kawan2nya...kalau elok kawan2nya,maka secara tak langsung eloklah jugak sikapnya...ye tak?so....apa kaedah yang kita boleh gunakan untuk memilih kawan yang boleh kita berkawan? So, kat sini fahmie ada beberapa tips untuk kita kogsikan bersama dalam menilai kawan yang macam mana kita mahu dan kita nak??
 
PERTAMA:-
Pilihlah kawan yang senantiasa suka melindungi kawannya,yang ketika kawannya susah, dia sentiasa ada menghulurkan bantuan...dia suka membantu kita jika kita di dalam kesusahan.

KEDUA:-
Pilihlah kawan yang apabila kita menghulurkan jasa baik atau bantuan kita, dia suka menerima dengan rasa terharu dan menghargainya...dan jika dia melihat kebaikan yang ada pada diri kita, dia suka menyebut2nya..dan jika dia melihat keburukan kita,dia suka menutupinya.

KETIGA:-
pilihlah kawan yang apabila kita meminta sesuatu daripadanya,dia beri dengan rasa gembira...jika dia melihat kita diam,dia menyapa kita...dan jika dia melihat ada kesukaran dan kesedihan yang kita sedang tempuhi,dia suka membantu dengan menghiburkan hatimu.

KEEMPAT:-
Pilihlah kawan yang apabila kita berkata-kata, dia suka membenarkan kata2 kita..dan jika kita berkata-berkata yang tidak baik,dia suka menegur dan memberi nasihat..jika kita mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dan sukar, dia berusaha untuk menyelesaikannya..dan ketika kita berselisih pendapat dengannya,dia suka mengalah demi kawannya..
KELIMA :-
Pilih kawan yang boleh membawa kita untuk mendatangkan pahala.. sentiasa mengajar  kita melakukan kerja2 yang mendatangkan pahala.. menegur kita apabila kita terlupa mengejarkan suruhanNya dan melanggar larangan Nya.

KEENAM:-
Pilih kawan yang belum lagi bersedia untuk bercinta.. istilah lain caupel !!! kerana ini supaya kita tdak terasa sakit hati apabila kita bersama dia.. kawan yang betul mahu mencari cinta sesama manusia dan mencintai segala kenikmatan yang dikurniakan oleh Allah S.W.T


Untuk memilih kawan..carilah kawan yang baik akhlaknya,baik budi bahasanya,baik perlakuannya..carilah sahabat yang memahami diri kita dan sentiasa membawa kita ke jalan yang diredhai Allah...dan ketika kamu sudah menemuinya, ketahuilah dia adalah kawan yang benar2 sahabat..kawan mungkin kita boleh dapat beribu2..tapi di dalam beribu itu,belum tentu ada yang sudi menjadi sahabat. Sahabat yang menagis kerana kita memang sukar nak dicari, tetapi kalau sahabat yang ketawakan kita, bersepah dijalanan...

dan ketahuilah juga bahawa jika kita mahukan kawan yang benar2 sahabat, kita juga perlu bentuk diri kita menjadi sahabat yang baik kepada orang lain.Insyaallah,sekiranya kita berjaya mendidik diri menjadi insan yang baik,maka sudah tentu kita akan dikurniakan sahabat yang baik juga..insyaallah...amin...

Fahmie rasa sampai sini sahaja perkongsian fahmie pada kali ini.. dah tak ada ideal dah nak tulis.. Fahmie doakan apa yang fahmie tulis ini akan menjadi satu peringatan kpda diri fahmie , kawan2 fahmie dan kamu semua.. sekian saja untuk kali ini.. amin ya rabal alamin.. assalamualaikum..









No comments:

Followers